THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Rabu, 10 Disember 2008

Sudut Ict


Jumaat, 5 Disember 2008

Suasana Dalam Ppik Zura Ni,






Gambar ni dalam ppik zura...komputer masih lg dalam plastik tau,orang yang cakap nak datang setting komputer tu belum lagi muncul-muncul kat tempat zura n..entah la bila nak mai...yang zura jeles sekarang ni..kawan-kawan zura semua dah mula buat latihan komuniti kat tempat diorang zura je belum lagi..

Isnin, 1 Disember 2008

Sejarah Telaga Gergasi



Telaga Gergasi yang Menakjubkan!

Memetik sejarah kampung yang dinyatakan oleh ketua kampung, Pak Andak nama Bagan Baru muncul kerana penempatan baru yang diwujudkan di kawasan kampung ini. Sebelum ini, kebanyakan penduduk tinggal di Kampung Bagan Kenuak namun telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat dan tersusun selepas kemerdekaan oleh kerajaan. Ia bagi memudahkan urusan pentadbiran dan memberi penempatan yang lebih selesa dan terjamin daripada pelbagai ancaman yang tidak elok.


Di pinggir kampung, terdapat sebuah telaga gergasi yang menjadi kebanggaan penduduk setempat dan salah satu tarikan pelancong. Ia dipercayai telah dibina pada tahun 1936 oleh pihak Inggeris sebagai pusat untuk menyimpan air dan dijadikan sumber pengairan untuk tanaman padi pada ketika itu. Kegigihan pihak Inggeris dalam membina telaga ini banyak memberi manfaat kepada penduduk pada ketika itu dalam mendapatkan sumber perairan untuk tanaman dan sumber air bersih untuk kesenangan penduduk kampung.
Kawasan telaga yang sungguh besar dan menakjubkan ini pasti akan menggamit pengunjung dari luar untuk bertandang ke kampung ini. Namun, pengunjung perlulah berhati-hati ketika berada di kawasan telaga gergasi ini kerana ia mungkin akan membahayakan nyawa jika terjatuh ke dalam telaga. Selain mempunyai telaga yang luas, air yang mengalir di telaga ini juga sungguh deras dan jika bernasib baik, pengunjung boleh melihat panorama indah pelangi muncul pada waktu tengah hari di permukaan air telaga gergasi ini.