THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Khamis, 15 Oktober 2009

Pertandingan Nasyid Sempena Menyambut Bulan Ramadhan

Pertandingan ini diadakan sempena menyambut Bulan Ramadhan,pertandingan ini diadakan pada 6.september. 2009 bertempat di Masjid kampung Bagan Baharu,sebanyak10 kumpulan terbahagi kepada 2 kategori,iaitu dewasa dan kanak-kanak.
















Kata-kata aluan daripada pengerusi KRT
Tuan Haji Abdullah Bin Ismail








Inilah johan bagi kategori kanak-kanak


Ini pula johan bagi kategori dewasa...




Antara pengadil yang terlibat pada hari tersebut

Rabu, 13 Mei 2009

GoLoK Pak YOP....

ukiran kayu juga turut diukir olah pak yop untuk sesiapa yang menempah














Pelbagai jenis rupa bentuk golok diukir oleh pak yop...



Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi pak yop sendiri :-
ABDULLAH BIN ABD WAHAB ( PAK yoP)
NO 226 LORONG 12
BAGAN BAHARU IJOK,
34510 BATU KURAU
PERAK DARUL RIDZUAN
013-5183108 @ 058801566





Rabu, 10 Disember 2008

Sudut Ict


Jumaat, 5 Disember 2008

Suasana Dalam Ppik Zura Ni,






Gambar ni dalam ppik zura...komputer masih lg dalam plastik tau,orang yang cakap nak datang setting komputer tu belum lagi muncul-muncul kat tempat zura n..entah la bila nak mai...yang zura jeles sekarang ni..kawan-kawan zura semua dah mula buat latihan komuniti kat tempat diorang zura je belum lagi..

Isnin, 1 Disember 2008

Sejarah Telaga Gergasi



Telaga Gergasi yang Menakjubkan!

Memetik sejarah kampung yang dinyatakan oleh ketua kampung, Pak Andak nama Bagan Baru muncul kerana penempatan baru yang diwujudkan di kawasan kampung ini. Sebelum ini, kebanyakan penduduk tinggal di Kampung Bagan Kenuak namun telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat dan tersusun selepas kemerdekaan oleh kerajaan. Ia bagi memudahkan urusan pentadbiran dan memberi penempatan yang lebih selesa dan terjamin daripada pelbagai ancaman yang tidak elok.


Di pinggir kampung, terdapat sebuah telaga gergasi yang menjadi kebanggaan penduduk setempat dan salah satu tarikan pelancong. Ia dipercayai telah dibina pada tahun 1936 oleh pihak Inggeris sebagai pusat untuk menyimpan air dan dijadikan sumber pengairan untuk tanaman padi pada ketika itu. Kegigihan pihak Inggeris dalam membina telaga ini banyak memberi manfaat kepada penduduk pada ketika itu dalam mendapatkan sumber perairan untuk tanaman dan sumber air bersih untuk kesenangan penduduk kampung.
Kawasan telaga yang sungguh besar dan menakjubkan ini pasti akan menggamit pengunjung dari luar untuk bertandang ke kampung ini. Namun, pengunjung perlulah berhati-hati ketika berada di kawasan telaga gergasi ini kerana ia mungkin akan membahayakan nyawa jika terjatuh ke dalam telaga. Selain mempunyai telaga yang luas, air yang mengalir di telaga ini juga sungguh deras dan jika bernasib baik, pengunjung boleh melihat panorama indah pelangi muncul pada waktu tengah hari di permukaan air telaga gergasi ini.

Jumaat, 28 November 2008

SEJARAH KAMPUNG BAGAN BAHARU IJOK

Dizaman pemerintahan british kawasan perkampung ini telah terokai oleh penduduk luar kampung dijadikan tempat ternakan kerbau atau dikenali sebagai Bagan Kerbau.Pada tahun 1954 pihak kerajaan telah menjadikan tempat ini penempatan semula kepada orang melayu yang tinggal di Redang Panjang dan penduduk pendalaman bertujuan untuk maengawal penduduk -penduduk dari pengaruh pihak komunis.Nama kampung ini kemudiannya ditukar kepada kampung Bagan Baharu.Setelah itu pihak kaerajaan telah menempatkan tapak lot perumahan kepada pesara polis bantuan(SC) sebagai anugerah kerajaan dikampung ini.Selepas itu kerajaan menjadikan kampung ini dibawah selian Majlis Tempatan Selama hingga hari ini.Sekarang kampung bagan baharu adalah sebuah kampung yang sungguh Indah dan masih mengekalkan cara hidup dan semagat kemelayuan.Penduduknya semuanya terdiri dari orang melayu.Konsep kampung bagan baharu ini ialah perkampungan melayu tradisional

Banggunan bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Bagan Baharu